Pakaian Etnik

Etnik Zhuang

Pakaian wanita etnik Zhuang mempunyai cirinya yang tersendiri berdasarkan kawasan kediaman yang berbeza. Di bahagian utara Guangxi, mereka memakai baju pendek yang hanya mempunyai dua baris tombol sulaman di tengah-tengah. dan, pakaian dalam yang berwarna biru yang dihias dengan bunga sulaman dapat dilihat di bawah baju luar.

Wanita etnik Zhuang yang tinggal di bahagian selatan Guangxi juga memakai baju pendek, tapi sulamannya di sebelah kanan Wanita etnis Zhuang yang tinggal di bagian selatan Guangxi juga memakai baju pendek, tapi sulamannya di sebelah kanan. Mereka juga suka memakai skirt. Semua wanita etnik Zhuang suka memakai rantai dan yang dibuat daripada perak di leher dan di kepala mereka. Semua wanita etnis Zhuang suka memakai rantai, yang dibuat dari perak di leher dan di kepala mereka.

Lelaki etnik Zhuang biasanya memakai baju dan seluar yang berwarna biru atau hitam, memakai tali pinggang dan tudung kepada yang berwarna biru atau hitam

Etnik Man

Orang Etnik Man kebanyakannya tinggal di Provinsi Heilongjiang, Jilin dan Liaoning di bagian Timur Laut China. Wanita etnik Man suka memakai sejenis kasut yang dihias dengan bunga bersulam. Yang istimewanya ialah, tumit yang setinggi 10 cm itu di tengah-tengah tapak kasut. Cheongsam juga merupakan pakaian yang penuh ciri khas etnik Man. Pada zaman purbakala, Cheongsam mereka dijahit secara sederhana saja untuk memudahkan mereka menunggang kuda dan memanah. Pergelangan tangan Cheongsam berbentum ladam kuda. Menurut adat Etnik Man, ketika bertemu dengan orang yang lebih tua atau tamu yang dihormati, orang Man perlu melepaskan pergelangan tangan supaya menutup tangan untuk menunjukkan penghormatan.

Etnik Naxi

Etnik Naxi merupakan cabang Etnik Qiang yang terpecah pada suatu masa yg lalu. Kini, kebanyakan orang etnik Naxi ini tinggal di Lijiang, Provinsi Yunnan. Pakaian mereka kini hampir sama dengan pakaian orang etnik Han. Ciri khusus wanita etnik Naxi ini dapat dilihat pada sebai yang dipakai oleh mereka, yang dibuat dengan kulit kambing. Di atasnya disulam tujuh keping kain dengan corak bulat. Di tengah-tengah bulatan kain itu tergantung sepasang rumbai sutera. Konon, kain yang bulat ini mewakili bintang di langit, dan rumbai sutera itu pula mewakili cahaya bintang.

Etnik Miao

Wanita etnik Miao sangat suka memakai hiasan yang dibuat daripada perak. Mereka memakai mahkota atau hiasan perak yang tinggi 20 cm di kepada mereka. Di atasnya pula dihias dengan enam keping sayap perak yang diukir gambar dua ekor naga bermain dengan mutiara. Mereka juga biasanya memakai beberapa kalung perak.

Kunci yang dibuat daripada perak digantung di dada dan mantel yang penuh dengan hiasan perak dipakai di belakang. Kemudian hiasan ini ditambah lagi gelang dan subang. Hiasan perak yang dipakai oleh seseorang wanita etnik Miao ini kadang-kadang beratnya mencapai beberapa kilogram. Hiasan perak merupakan warisan yang sangat berharga dalam keluarga etnik Miao yang diperturunkan dari generasi ke generasi
Iklan

Tinggalkan komentar anda :) Kata-kata anda mencerminkan nilai diri anda

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s